Rmb.
Retak Menanti Belah
Ketika PAS berkembang pesat, ia dimasuki oleh ramai kumpulan dengan kepelbagaian fikrah. Kemudian berlaku proses pengukuhan dan penapisan menerusi tarbiyah dan penyatuan fikrah dan amal cara PAS.
Mereka yang mengukuh akan istiqamah. Manakala mereka yang rapuh akan ditapis.
Mereka dihimpunkan di satu sudut dalam PAS. Disatukan dengan pesona kepelbagaian fikrah. Dilenakan dengan kekuatan yang dibuat-dibuat. Kemudian mereka memberontak terhadap PAS seolah-olah merekalah tuan dan pemilik. Begitulah jalannya mereka diarak keluar dan dihimpunkan di dalam satu parti serpihan.
Di situ mereka menerima segala macam kelibat yang melompat dan terjun. Kecewa, marah, benci, dendam, putus asa dan berpatah arang adalah warna mereka. Tampak kuat dan solid.
Hakikatnya mereka bercerai berai. Disatukan hanya kerana satu sebab iaitu ‘kesipuan’ terhadap istiqamah ahli PAS terhadap halatuju dan matlamat perjuangan parti yang unggul.
Mereka tidak mampu melakukan apa yang mampu dilakukan ahli PAS. Istiqamah.
Kekuatan mereka akhirnya padam. Hari ini hari mereka berbalah dan bertengkar. Saling berebut kuasa dan kerusi. Perbalahan, kemarahan dan kebencian sesama mereka akan sentiasa berterusan. Hari kesatuan dan kekuatan yang dibuat-buat akan berakhir jua.
Mengapa? Kerana itulah ketentuan dan kesudahan mengkhianati perjuangan. Mereka dulu dihimpunkan untuk dihancurkan dan dilumpuhkan bersama-sama.
Mereka tidak akan mampu membina negara. Tidak akan sama sekali. Mereka hanyalah mimpi ngeri sebuah pengkhianatan terhadap amanah perjuangan Islam yang benar dan asli.
Sampaikan salam dan berita gembira buat mereka yang istiqamah dengan perjuangan Islam yang benar dan sempurna. PAS akan sentiasa menjadi harapan dan impian rakyat Malaysia untuk masa depan negara yang lebih baik.
#IslamMemimpinPerpaduan
#DemiIslam
Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz
AJK PAS Pusat
30/7/19

Watch “1MDB: Hutang RM31 Bilion, Aset RM43 Bilion Dan Skandal Forex RM31.5 Bilion PH Senyap!” on YouTube
Rugi.
Semak – Cina dah menyemak.
Watch “Ramai Yang Tak Tahu Kad Orang Gila Lagi Power Dari Kad Geng 3 Line – Ustaz Badlishah Lawak” on YouTube
Setel.
Setel & get RM5 worth of petrol bonus in Klang Valley.
Pay for petrol from your car at any PETRONAS station in Klang Valley. Just Setel RM30 and enjoy RM5 petrol bonus using my referral code: qc7x. Get it now!
